Petikan membincangkan akibat-akibat negatif penggunaan internet dalam kalangan masyarakat.
Salah satu akibat negatif penggunaan internet ialah penyebaran bahan imperialisme. Selain itu, internet juga membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia. Pada masa yang sama, internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral. Akibat negatif lain penggunaan internet ialah ia digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Seterusnya, internet juga menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang¬-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. Penyebaran iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain juga merupakan akibat negatif penggunaan internet.
Langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaan internet ialah pendekatan yang harus diambil melalui pencegahan di rumah dan di sekolah dan juga mengehadkan penggunaan internet.
Kesimpulannya, semua pihak harus berkerjasama untuk mengelakkan penyalahgunaan internet agar media itu dapat digunakan untuk perkara baik sahaja.
No comments:
Post a Comment