Saturday, 27 February 2016

Rumusan

         Petikan membincangkan akibat-akibat negatif penggunaan internet dalam kalangan masyarakat.


       Salah satu akibat negatif penggunaan internet ialah penyebaran bahan imperialisme. Selain itu, internet juga membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia. Pada masa yang sama, internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral. Akibat negatif lain penggunaan internet ialah ia digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Seterusnya, internet juga menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang¬-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi. Penyebaran iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain juga merupakan akibat negatif penggunaan internet.

     Langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaan internet ialah pendekatan yang harus diambil melalui pencegahan di rumah dan di sekolah dan juga mengehadkan penggunaan internet.

      Kesimpulannya, semua pihak harus berkerjasama untuk mengelakkan penyalahgunaan internet agar media itu dapat digunakan untuk perkara baik sahaja.

Bahasa Melayu Tinggi

Konsep Bahasa Melayu Tinggi

1. Bukan istilah linguistik
2. Wujud dalam perkembangan bahasa Melayu
3. Mendukung pengertian/status sosial tertentu yang dapat deibezakan dengan bahasa rendah.
4. Dapat disamakan dengan konsep budaya tinggi.
5. Ragam bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, sebagai bahasa baku atau standard.
6. Tidak dapat diterjemahkan melalui bahasa Melayu basahan, dan sering dikaitkan dengan bahasa persuratan.
7. Bukan bahasa Melayu pertuturan (kolokial)

Tahap Perkembangan Bahasa Melayu

1. Tahap Permulaan Proses Penubuhan Bahasa (PPB)
2. Tahap Pembinaan Bahasa (TPB)
3. Tahap Pemantapan Bahasa (PB)

10 Gaya Bahasa Dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016


Sistem Ejaan Rumi baharu Bahasa Melayu