1. Frasa Nama
a. Saya berasal dari Kuala Lumpur.
b. Nama dia Ahmad bin Daus.
c. Harta karun itu berada di belakang pintu besar ini.
d. Kami akan ke Kota Baharu pada cuti Hari Raya ini.
e. Semua rakyat harus menjaga nama baik negara ini.
2. Frasa Kerja
a. Dia meletakkan begnya dalam kelas kosong itu.
b. Sofia menunggang bas ke sekolah setiap hari.
c. Mereka memerlukan bantuan dengan segera.
d. Datuk mengait pisang dari kebun.
e. Emak sedang menyapu sampah.
3. Frasa Adjektif
a. Anak kucing ini sangat kecil.
b. Sunyi senyap dewan tersebut membuat kami gelisah.
c. Ali berasa amat gembira sekali kerana dia memenangi pertandingan tersebut.
d. Saya masih letih kerana bermain terlalu banyak semalam.
e. Lee yang hanya berumur tiga tahun sudah pandai mengira.
4. Frasa Sendi
a. Tabung ini untuk Farah yang sakit.
b. Surat ini daripada Zack.
c. Saya berada di sekolah sekarang.
d. Dia berjalan ke pasar.
e. Sejak semalam, dia tidak minum setitik air pun.
5. Ayat Penyata
a. Mereka berkumpul di padang sekolah.
b. Beliau seorang doktor.
c. Hafiz sedang tidur.
d. Gunting ini tajam.
e. Rumah itu sangat besar.
6. Ayat Tanya
a. Siapakah nama kamu?
b. Awak tinggal di mana?
c. Mengapakah dia mengunakan pisau itu?
d. Bagaimanakah perompakan itu berlaku?
e. Bilakah Hari Sukan sekolah kita?
7. Ayat Perintah
a. Jemput makan kuih ini.
b. Sila tutup lampu itu.
c. Jangan main dengan api.
d. Harap kita dapat berjumpa lagi.
e. Usah membuang sampah merata-rata.
8. Ayat Seruan
a. Oh, rupa-rupanya kamu yang berada di sini!
b. Amboi, comelnya anjing ini!
c. Syabas, kamu telah menang pertandingan ini!
d. Cis, geramnya aku!
e. Aduh, sakitnya kaki aku!